Banner
Kad Jemputan Harijadi – Ahmad Faqhrul Azib
This is my site Written by zaira on 12/11/2011 – 1:53 am

Salam..

Selepas sibuk dengan tempahan sampul raya pada Ramadhan yang lepas, saya telah mendapat tempahan yang agak banyak untuk kad jemputan harijadi dan juga kad jemputan untuk majlis aqiqah. Mungkin disebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat majlis aqiqah semasa Hari Raya Aidiladha dan juga cuti sekolah yang akan datang. Alhamdulillah. terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan. Kalau ada kesempatan, saya akan letakkan di sini. Tapi, kena tunggu majlis masing-masing dah berlangsung la.. kalau tak, kesian kat pelanggan-pelangganku. dah tak suprise la pulak..

Kad di bawah dibuat untuk Majlis Ulangtahun ke-2 Ahmad Faqhrul Azib. Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Suhana. Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Dan semoga “birthday boy” membesar menjadi anak yang soleh.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempahan kad ini, boleh terus email kepada saya – sws2111[at]yahoo.com (sila tukarkan [at] kepada @) atau jemput ke facebook sy di www.facebook.com/zairaidriscom

Terima kasih.. :)

Leave a Reply